Home » Langit Terbuka » Dr Mahathir dapat idea perbaiki sistem pendidikan

Dr Mahathir dapat idea perbaiki sistem pendidikan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto The Sun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah mendapat idea mengenai apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia.

Dr Mahathir, yang juga pemangku Menteri Pendidikan, berkata beliau kini dalam proses mendapatkan maklumat berhubung sistem pendidikan di negara ini oleh pihak kementerian.

“Kita dapati banyak perkara yang perlu kita kaji semula.

“Sama ada ia baik atau tidak, kita dapati orang ramai biasanya membuat teguran dan kita akan ambil kira teguran mereka, sama ada kita perlu buat perubahan atau tidak,” katanya di sini pada 14 Januari.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi perbualan khas Bank Rakyat bersama Perdana Menteri.- Bernama

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *