Home » Langit Terbuka » Dr. Mohd. Lutfi dinamakan Pemimpin Muda PBB

Dr. Mohd. Lutfi dinamakan Pemimpin Muda PBB

NEW YORK 20 Sept. – Seorang rakyat Malaysia yang mengasaskan sebuah organisasi dengan misi untuk membina kemudahan kesihatan yang disediakan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, adalah antara 17 orang muda dinamakan sebagai penyokong kuat usaha itu untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mewakili Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang didaftarkan di Malaysia, pegawai perubatan kerajaan, Dr. Mohd. Lutfi Lokman Fadil, 28, dipilih sebagai Pemimpin Muda PBB daripada senarai 18,000 pencalonan dari 186 buah negara di seluruh dunia.

HBB, sebuah pertubuhan bukan kerajaan diasaskan oleh Dr. Mohd. Lutfi selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya dipilih atas sumbangannnya dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan 2016-2017 dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 yang sedang berlangsung di sini.

Wakil Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk Belia, Ahmed Alhendawi secara rasmi menyampaikan watikah pelantikan itu kepada 17 Pemimpin Muda PBB itu yang julung kali diadakan di sini hari ini.

Ini bagi mengiktiraf kepimpinan dan sumbangan mereka kepada pencapaian Agenda Pembangunan Mampan 2030, yang termasuk satu set 17 Matlamat untuk menyelesaikan isu kemiskinan, menentang ketidakadilan serta menangani perubahan iklim.

Menurut PBB, HBB dipilih kerana menggalakkan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup dalam komuniti sasaran dengan konsep Matlamat Pembangunan Mampan sebagai teras aktiviti mereka yang menggalakkan kemakmuran di samping melindungi bumi ini.

Dalam kenyataan yang terkandung dalam profil PBB, Dr. Mohd. Lutfi berkata, penubuhan HBB adalah satu impian yang difikirkan beliau selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.

Organisasi diasaskannya pada 2012 dengan rakan seperjuangannya, Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah yang tercetus semasa mereka berada di Universiti Kebangsaan Malaysia, kini komited untuk penjagaan kesihatan yang boleh diakses melalui klinik komuniti yang dikendalikan di Kemboja dan Malaysia.

“Saya amat berbangga dengan klinik kami di Kemboja kerana kita memberi tumpuan khusus kepada kesihatan ibu dan kanak-kanak,” katanya. – Utusan

https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *