Home » Citra Yadim » Yang Dipertua sampaikan ucaptama pada sambutan Hari Malaysia

Yang Dipertua sampaikan ucaptama pada sambutan Hari Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada Forum Perdana sempena program Mini Festival Hari Malaysia pada Ahad 25 September 2016 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Program berkenaan adalah kolaborasi Yadim dengan beberapa pihak lain termasuk Yayasan al-Jenderami, Darul Muhibbin, jawatankuasa Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dan  Majlis Daerah Sepang.

Forum Perdana berkenaan yang membawa tema `Islam merentasi bangsa dan budaya’ adalah sebahagian daripada program Mini Festival Hari Malaysia yang akan diadakan sejak pukul 2.30 petang pada 25 September ini.

Yang lebih menarik dalam program ini adalah usaha pihak penganjur untuk turut melibatkan golongan bukan Islam di atas semangat Hari Malaysia dan mempertingkatkan lagi jalinan hubungan sesama kaum di negara ini tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Justeru, forum berkenaan akan membincangkan latar belakang dan sejarah asal berkaitan kaum-kaum di Malaysia serta agama Islam sebagai agama negara sebagai usaha mewujudkan keharmonian dan kestabilan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program ini tercetus daripada pelbagai peristiwa tidak diingini berlaku melibatkan kaum di negara ini yang menyebabkan suasana tegang dan tidak harmoni wujud.

Selain memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia, program ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan mengenai kaum-kaum di negara ini kepada seluruh masyarakat setempat yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka dan menghapuskan tanggapan negatif.

Di samping itu, program berkenaan juga diharapkan dapat memberikan penjelasan kepada golongan bukan Islam mengenai agama Islam sekaligus membetulkan persepsi mereka selama ini.

Dalam program mini festival hari malaysia itu, pelbagai acara diatur bermula  persembahan anak-anak Malaysia pada sebelah petang meliputi aktiviti seperti  choral speaking, persembahan nyanyian patriotik, deklamasi sajak dan pentomin kemerdekaan.

Pada sebelah petang diadakan program Cyberjaya  Berselawat, bacaan maulid simtud dhuror, tausiah ilmu dan persembahan seni mempertahankan diri tiga bangsa.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *