Home » Citra Yadim » Dr Zulkifli lancar Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

Dr Zulkifli lancar Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 10 Disember telah melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabat badan dakwah tersebut di sini.

Bilik gerakan tersebut kelak akan berfungsi menyelaras urusan bantuan bencana banjir di seluruh negara yang akan dilaksanakan YADIM.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, wakil wakil agensi dan pengurusan kanan YADIM.

Dr Zulkifli dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada YADIM yang menurutnya konsisten menyampaikan bantuan kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada YADIM yang tidak jemu jemu sampaikan bantuan, dari Johor sampai Perlis. Di mana mana pun ada wakil sampaikan bantuan, “ ujarnya.

Ustaz Nasrudin pula sebelum itu berkata, YADIM akan menggunakan pengalaman membantu mangsa banjir sebelum ini dalam menyelaras usaha yang kali ini bersifat lebih menyeluruh.

Terdahulu sebelum majlis, Dr Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada 40 penghantar makanan serta 40 pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan di sini.

Beliau kemudiannya diberikan taklimat mengenai gerak kerja banjir YADIM, yang juga telah menubuhkan bilik gerakan banjir di pejabat pejabat negeri.

Satu sesi sidang video secara langsung bersama YADIM negeri juga diadakan bagi memberi gambaran sebenar di lapangan.

Beliau kemudiannya dibawa ke bilik gerakan bagi melihat sendiri kemudahan dan gerak kerja oleh pertugas banjir YADIM di ibu pejabat.

Badan dakwah ini telah terlibat menggerakkan usaha membantu mangsa banjir antaranya di Hulu Langat dan Kuala Langat, Selangor, Mambau, Negeri Sembilan, Raub Pahang, Air Putih dan Kuala Terengganu, Terengganu, Pasir Putih, Kelantan dan di Malau, Kedah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *