Home » Citra Yadim » Dr Zulkifli lawat Jabatan Forensik HTAR

Dr Zulkifli lawat Jabatan Forensik HTAR

KLANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 21 Julai telah meluangkan masa melawat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Selain melihat sendiri bagaimana proses pengecaman jenazah Covid-19, beliau juga diberikan taklimat bagaimana pengurusan jenazah, terutamanya yang beragama Islam dilakukan.

Melalui lawatan, beliau menekankan kepentingan agar jenazah Covid-19 baik Muslim mahupun bukan, diuruskan segera bagi menyantuni si mati serta waris mereka.

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Taklimat diberikan boleh Timbalan Pengarah (Perubatan) III HTAR, Dr Md Razis Ramli dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Dr Nur Ayutimaseri Abdullah.

Sementara itu, menerusi lawatan ini juga, YADIM diminta membantu menyediakan kelengkapan
di dua kontena khas untuk jenazah di jabatan berkenaan.

Pada masa yang sama, badan dakwah ini juga akan melihat ruang bagaimana sukarelawannya boleh membantu melicinkan urusan pengurusan jenazah terutamanya yang beragama Islam di hospital ini.

Kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini juga merupakan susulan selepas Perdana Menteri,  Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat hospital ini pada 13 Julai lalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *