Home » Citra Yadim » “Dua jam air naik 6 kaki”

“Dua jam air naik 6 kaki”

RANTAU PANJANG – “Air naik cukup laju, dalam tempoh dua jam rumah sudah tenggelam,” ujar penduduk Kampung Lachang yang ditemui ketika program bantuan banjir YADIM pada 5 Mac.

Selain hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari, benteng air di kawasan ini yang pecah juga menyebabkan kediaman penduduk dinaiki air hingga enam kaki.

Arus air yang begitu kuat pula menyebabkan terdapat beberapa rumah yang runtuh dan dihanyutkan. Malah penduduk berkata, ia hampir sama dengan tragedi banjir besar tahun 2014.

Ketika YADIM menyampaikan bantuan, jalan ke kampung ini masih ditenggelami air menyebabkan ia tidak dapat dilalui kenderaan, justeru sumbangan disampaikan menggunakan sampan dengan bantuan Sukarelawan YADIM, sukarelawan bomba dan rakan badan bukan kerajaan.

50 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Turut sama turun padang, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

Meskipun berdepan bencana ini, penduduk yang ditemui tetap ceria menyambut kedatangan kami.

Adab menyambut tetamu tetap diutamakan. Kumpulan yang datang membantu dijamu dengan teh O panas dan biskut kering. Hidangan yang cukup enak dinikmati dalam cuaca sejuk ketika ini.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *