Home » Citra Yadim » Program Peduli Al Quds dan Pelancaran Ihya’ Bulan Barakah Peringkat Negeri Kelantan

Program Peduli Al Quds dan Pelancaran Ihya’ Bulan Barakah Peringkat Negeri Kelantan

KOTA BHARU – Semangat dan rasa prihatin terhadap usaha pembebasan Al Aqsa perlu sentiasa ada dalam jiwa setiap Muslim.

Demikian antara yang ditegaskan dalam Program Peduli Al Quds dan Pelancaran Ihya’ Bulan Barakah Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di sini pada 4 Mac.

Program anjuran YADIM Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Aman Palestin ini dianjurkan secara santai di Dataran Bandar Raya di sini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Fathan Mahmood, dalam ucapannya berkata, penganjuran program ini penting bagi memastikan semangat membebaskan Al Aqsa sentiasa hadir dalam diri umat Islam.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama penganjuran program ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang dan Perunding Aman Palestin Berhad Cawangan Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.

Antara pengisian program ialah persembahan sajak, nasyid pembebasan Al Quds dan penerangan gerak kerja rakan kerjasama penganjur program, Aman Palestin.

Turut disampaikan ialah sumbangan daripada YADIM, kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Ekspres Perdana dan Persatuan Pemilik Vellfire Alphard  Kelantan kepada Aman Palestin.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *