Home » Citra Yadim » Sambutan Ambang Kemerdekaan AADK Pasir Puteh – YADIM Kelantan

Sambutan Ambang Kemerdekaan AADK Pasir Puteh – YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Sempena hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menganjurkan program Ambang Kemerdekaan di sini pada 25 Ogos.

Ia diadakan dengan kerjasama bersama-sama dengan Agensi Anti Dadah (AADK) Pasir Puteh, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme dikalangan anak muda.

Antara pengisian program adalah ceramah ambang merdeka oleh Ustaz Muhammad Syakirin, taklimat keselamatan oleh MKN dan persembahan pentomin Kemerdekaan oleh Kumpulan Jihad Putera Jeram.

Seramai 220 orang peserta telah menghadiri program yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pasir Puteh ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani,Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Yang Berhormat Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Yang Berhormat Haji Mohd Nazlan Muhamed.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *