Home » Langit Terbuka » Dua lelaki gay disebat 83 kali

Dua lelaki gay disebat 83 kali

ACEH, 24 Mei – Dua lelaki dihukum sebat di khalayak ramai semalam selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis.

Pasangan berusia  20 dan 23 tahun itu  disebat sebanyak 83 kali atas kesalahan melanggar undang-undang syariah di wilayah Aceh.

Mereka ditangkap melakukan hubungan terlarang itu di sebuah kampung penduduk, melalui aduan orang ramai.

Mereka dibawa menaiki sebuah pentas di luar sebuah masjid dan disebar di hadapan ratusan penduduk.

Bagaimanapun, identiti tidak didedahkan, mereka memakai jubah putih serta menundukkan kepala ketika disebat oleh seorang petugas yang menutup muka.

Dilaporkan, lapan lelaki dan wanita turut dihukum sebat semalam atas pelbagai kesalahan seperti berkhalwat, berjudi dan minum arak.

Sebelum hukuman dilaksanakan, anggota majlis ulama Aceh, Abdul Gani Isa memberitahu penduduk bahawa hukuman itu adalah pengajaran kepada orang ramai.

“Hukuman dalam undang-undang syariah dilakukan untuk memberi pengajaran dan tidak mencabuli hak asasi manusia,” katanya. -Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *