Home » Langit Terbuka » Dua maut dalam kejadian letupan bom di Iskandariah

Dua maut dalam kejadian letupan bom di Iskandariah

Para penyiasat sedang memeriksa sekitar kawasan letupan di Iskandariah. Foto : Reuters

KAHERAH: Sekurang-kurangnya dua maut termasuk seorang anggota polis dalam kejadian letupan bom kereta di bandar kedua terbesar Mesir, Iskandariah pada Sabtu, lapor agensi berita tempatan MENA.

Bom tersebut, yang turut mencederakan empat anggota polis, dipercayai dituju kepada Ketua Polis Iskandariah, Major Jeneral Mostafa al-Nemr, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu dalam satu kenyataan.

Mangsa maut terdiri daripada anggota polis dan pemandu, lapor MENA memetik kenyataan Nemr.

“Pada Sabtu, 24 Mac satu peranti yang diletakkan dibawah sebuah kereta telah meletup sebaik sahaja kenderaan yang membawa Ketua Polis Iskandariah melintas,” tambah kenyataan itu.

Saksi kejadian memberitahu, kawasan tersebut terus dikepung anggota polis dan tentera susulan kejadian yang berlaku dua hari sebelum negara itu dijangka adakan pilihan raya Presiden. – Reuters

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *