Home » Langit Terbuka » Dua pesalah sebatan sedar dan insaf

Dua pesalah sebatan sedar dan insaf

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu berkata, ekoran hukuman sebatan syariah itu, kedua wanita itu telah insaf, bertaubat dan tidak akan mengulanginya

KUALA LUMPUR – Hukuman sebatan yang dilaksanakan terhadap dua wanita yang cuba melakukan hubungan seks sejenis telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, itu adalah antara maklum balas yang beliau terima daripada pesalah kesan pelaksanaan hukuman kontroversi itu.

“Kita mendapat maklumat bahawa mereka telah insaf, bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

“Dan kita juga berhasrat berjumpa mereka untuk mendengar sendiri perasaan mereka selepas menjalani hukuman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar menangkis takrif kemanusiaan songsang dan sokong sebat lesbian anjuran Pakatan Ekonomi dan Dakwah (Pack-Ecdah), di sini hari ini. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *