Home » Langit Terbuka » Dua rakyat Malaysia iringi isteri Dr Fadi

Dua rakyat Malaysia iringi isteri Dr Fadi

Enas Al Batsh (tengah)

KUALA LUMPUR – Perjalanan isteri dan anak-anak Dr Fadi Mohammed Al Batsh ke Kaherah, Mesir malam ini akan turut diiringi dua rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, mereka merupakan sepasang suami isteri yang akan membantu keperluan Enas Al Batsh, 31, dan tiga orang anaknya Doaa, 6, dan Aseel, 4, dan Mohammed setahun.

“Ini merupakan perjalanan pertama isteri Allahyarham bersama anak-anaknya di peringkat antarabangsa. Jadi kita bimbang jika isteri Allahyarham mengalami apa-apa kesukaran.

“Awal pagi tadi kita berjaya mendapatkan bantuan sepasang suami isteri yang boleh berbahasa Arab untuk mengiringi keluarga Dr Fadi. Mereka akan menemani sehingga ke lapangan terbang di Kaherah dan membantu apa yang patut,” katanya ketika ditemui selepas upacara solat jenazah Dr Fadi di Surau Medan Idaman, di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, jenazah kemudiannya akan dibawa melalui jalan darat ke Rafah iaitu sempadan Mesir dan Gaza, Palestin.

“Perjalanan biasanya mengambil masa lima jam tetapi mungkin lebih kerana membawa jenazah. Setakat ini semua kelulusan sudah diperolehi dan kita doakan jenazah selamat disemadikan di Gaza.

“Ini adalah permintaan ibu bapa Allahyarham Dr Fadi sendiri kerana sudah tujuh tahun tidak berjumpa anak mereka. Jadi mereka ingin jasad Allahyarham disemadikan di sana,” katanya.

Sementara itu, katanya, dana MyCare yang dilancarkan Ahad lalu bagi membantu keluarga Allahyarham Dr Fadi sudah mencecah lebih RM50,000.

“MyCare mempunyai pejabat berdaftar dan akaun bank di Gaza dan insya-ALLAH kita akan salurkan dana ini sebaik saja keluarganya sampai di Gaza,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *