Home » Langit Terbuka » Lebih 1,000 orang sembahyangkan jenazah Imam Palestin

Lebih 1,000 orang sembahyangkan jenazah Imam Palestin

Jenazah Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin, diusung keluar selepas disembahyangkan di Surau Medan Idaman . foto KOSMO

KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang memenuhi Surau Medan Idaman, Jalan Sampadi, Taman Setapak di sini untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi M.R. Albatsh.

Difahamkan, jenazah Dr. Fadi M.R. Albatsh diimamkan oleh wakil Mufti Wilayah Persekutuan selepas selesai solat Zuhur.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Doaa Albatsh,6, Aseel Albatsh, 4, serta Mohammed Albatsh dan seorang balu, Enas Albatsh, 31.

Selepas solat jenazah, Allahyarham akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke Kaherah, Mesir pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, jenazah Dr. Fadi dibawa dari Unit Forensik, Hospital Selayang selepas kedutaan Mesir ke Malaysia memberi kelulusan kepada keluarga mangsa untuk membawa pulang arwah ke negara asal. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *