Home » Citra Yadim » Seminar Pengurusan Harta Sebelum Dan Selepas Kematian MAYA terima sambutan sangat menggalakkan

Seminar Pengurusan Harta Sebelum Dan Selepas Kematian MAYA terima sambutan sangat menggalakkan

KAJANG – Seminar Pengurusan Harta Sebelum Dan Selepas Kematian anjuran Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) di Masjid Masjid Saujana Impian di sini pada 28 Ogos mendapat sambutan sangat menggalakkan

Meskipun anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) wanita , terdapat seramai 23 peserta lelaki turut hadir ke majlis yang diadakan dengan kerjasama Biro Wanita masjid itu.

Secara keseluruhan, seramai 110 peserta telah hadir ke program yang mempunyai objektif untuk memberi pemahaman tentang cara menguruskan harta dengan sistematik dan mengikut hukum syarak serta memahami instrumen pengurusan harta yang berlandaskan syariah seperti faraid, hibah, wasiat dan wakaf.

Ia turut bertujuan mencapai matlamat pengurusan harta keluarga Islam yang berkesan supaya hak dan tanggungjawab individu sekeliling dapat ditunaikan

Program ini dirasmikan oleh Naib Pengerusi 1 MAYA, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz manakala pengisian ceramah pula disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Peguam – Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Puan Marlina Amir Hamzah.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *