Home » Citra Yadim » Edaran bubur Asyura untuk penduduk Sungai Petani

Edaran bubur Asyura untuk penduduk Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena sambutan Bulan Kemenangan dan Maal Hijrah 1443H, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di sini telah bekerjasama memasak dan mengedarkan bubur Asyura pada 5 September.

Dua kawah bubur disediakan secara bergotong royong oleh 40 ahli SAY Sungai Petani, SAY Pendang dan SAY Padang Serai.

Sebanyak 100 pek bubur kemudiannya diedarkan secara pandu lalu oleh ahli SAY yang terbabit serta ke sekitar kawasan program di Bilik Gerakan SAY Sungai Petani di sini.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria hadir sama ke program ini.

 

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *