Home » Citra Yadim » Edaran Bubur Lambuk di Masjid Sultan Abdul Halim oleh YADIM Kedah

Edaran Bubur Lambuk di Masjid Sultan Abdul Halim oleh YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Sebanyak 500 pek bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar Taman Ria Jaya di sini pada 16 April oleh YADIM Kedah.

Program memasak dan mengagihkan bubur tersebut merupakan inisiatif bersama YADIM Kedah, Masjid Sultan Abdul Halim dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ria Jaya.
Hampir 10 petugas bekerjasama menyediakan bubur lambuk ini sebelum diagihkan kepada jemaah solat, penduduk sekitar dan secara pandu lalu.

Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad adalah penyelaras kepada program ini. Turut Hadir membantu Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Encik Basor Harun serta kakitangan YADIM Kedah.

Hadir sama ialah Setiausaha Masjid Sultan Abdul Halim, Encik Saiful Azmi, Pengerusi KRT Taman Ria Jaya, Md Khir Ahmad.

Edaran ini adalah sebahagian pengisian sempena program Ihya Ramadan Bulan Barakah YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *