Home » Langit Terbuka » Elak dua ujian satu hari, UPKK mata pelajaran sirah ditukar lagi kepada 24 Januari

Elak dua ujian satu hari, UPKK mata pelajaran sirah ditukar lagi kepada 24 Januari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah mengumumkan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah yang dijadual diadakan hari ini ditangguhkan ke 23 Januari 2024 bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.

Susulan keputusan itu pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menerima banyak aduan dan keluhan dari ibu bapa calon-calon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari.

“Atas rasa keprihatinan dengan keluhan dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi calon-calon UPKK, saya telah mengarahkan supaya JAKIM menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Januari 2024 (Rabu).

Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung bermula 16 Januari 2024,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau turut mendoakan agar semua calon UPKK mendapat kejayaan yang cemerlang.

Menurut Mohd Na’im beliau telah dimaklumkan oleh pihak JAKIM berhubung satu laporan yang diterima oleh JAKIM bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

Berpandukan SOP, pihak JAKIM telah memutuskan untuk menangguhkan ujian bagi mata pelajaran Sirah yang dijadual hari ini ke tarikh yang baharu. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *