Home » Langit Terbuka » Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

Sumber FB Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Katanya kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.

Ketika ini guru KAFA dan Imam Rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *