Home » Citra Yadim » Jemputan bersama perkasa PERMUDA

Jemputan bersama perkasa PERMUDA

KOTA KINABALU – YADIM dijemput sama terlibat dalam lebih banyak program pembangunan belia di negeri Sabah, antaranya menerusi program Perintis Muda (PERMUDA) di bawah seliaan Majlis Belia Sabah (MBS).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, PERMUDA boleh bertindak sebagai penghubung antara mahasiswa dengan kerajaan.
YADIM ujar beliau, memang sudah terlibat dengan pelbagai program mahasiswa dan belia sebelum ini.
Datuk Dr. Mohd Arifin berkata demikian ketika dikunjungi Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus serta pengurusan tertinggi YADIM di pejabatnya pada 22 Jun.
Kunjungan berkenaan ialah sebahagian pengisian program lawatan kerja pengurusan YADIM ke Sabah ketika ini.
Menghargai peranan dan sumbangan YADIM di Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin menambah badan dakwah ini akan terus dilibatkan lagi dalam program program anjurannya.
Dalam reaksi balas, Datuk Hasanuddin berkata, ejen dakwah YADIM seperti Rakan Siswa YADIM dan Rakan Belia YADIM sedia digerakkan bagi cadangan aktiviti PERMUDA seperti dicadangkan Datuk Dr. Mohd Arifin.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Sainuri Yahmin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud, pegawai pegawai badan dakwah ini dan wakil wakil agensi agama negeri Sabah.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *