Home » Citra Yadim » Empat lokasi banjir, penempatan mangsa diziarahi YADIM Terengganu

Empat lokasi banjir, penempatan mangsa diziarahi YADIM Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jadual menyantuni mangsa banjir yang padat untuk YADIM Terengganu.

Walaupun bilangan mangsa banjir terus meningkat, YADIM Terengganu meneruskan komitmen mereka menyantuni golongan yang memerlukan ini.

Pada 12 Disember, usaha menyantuni mangsa banjir dimulakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini. Sebanyak tiga keluarga dari Batu 6 dan Kuala Ibai di sini disantuni YADIM Terengganu.

Mereka kemudiannya bergerak ke Kampung Padang Negara pada jam 2.30 petang dan menziarahi tiga keluarga di sini yang kediamannya masih dinaiki air.

Selesai di Kampung Padang Negara, lokasi seterusnya yang dituju ialah PPS SK Atas Tol. Tiba di sana jam 4 petang, seramai 60 mangsa ditempatkan di sini.

Lokasi terakhir ialah di Kampung Titian Baru apabila mereka menyantuni empat buah keluarga.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin turun padang menyampaikan sumbangan YADIM kepada mangsa mangsa bencana di setiap lokasi.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *