Home » Langit Terbuka » Erdogan Menang Pilihan Raya Presiden

Erdogan Menang Pilihan Raya Presiden

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi yang dikira.

“Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

“Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi,” katanya ketika berucap sempena kemenangannya di kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

Menurut agensi berita Anadolu, Erdogan, 64, calon Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berjaya memperoleh 52.5 peratus undi, manakala Muharrem Ince, 54, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) mendapat 31 peratus undi.

Berita kemenangan itu turut diumumkan jurucakap Kerajaan Turki, Bekir Bozdag, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak rasmi selepas 95 peratus undian dikira, menunjukkan Erdogan sedang mendahului berbanding calon yang lain.

“Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.

“Mereka (rakyat Turki) berkata ‘teruskan’ kepada Presiden Erdogan,” kata Bozdag di Twitter. – REUTERS/AFP

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *