Home » Langit Terbuka » EU mungkin denda negara enggan ambil pelarian

EU mungkin denda negara enggan ambil pelarian

BRUSSELS, 9 Februari –  Kesatuan Eropah (EU) memberi tempoh sehingga bulan depan sebelum mengambil tindakan terhadap mana-mana negara anggotanya yang enggan mengambil pencari suaka yang masih terkandas di Greece dan Itali.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Frans Timmermans, mengkritik blok negara Eropah itu kerana setakat ini hanya mengambil 12,000 daripada 60,000 pelarian Syria dan negara lain.

Semua pelarian itu perlu ditempatkan semula dari Greece dan Itali ke negara EU lain, menjelang September tahun ini. Katanya, Brussels masih berharap tekanan negara anggota lain akan meyakinkan negara yang masih berbelah bahagi.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan mengenakan hukuman denda, jika tiada kemajuan membabitkan isu itu menjelang Mac ini.

“Ini adalah masa paling tepat bagi mempertimbangkan pilihan lain, jika perlu. “Suruhanjaya mungkin memulakan prosedur pembetulan dan kita pasti akan mempertimbangkan hal ini,” kata Timmermans dalam satu sidang media.

Negara ahli EU boleh dikenakan denda tinggi oleh suruhanjaya eksekutif blok negara 28 ahli terbabit, jika ia melanggar undang-undang kesatuan. – AFP

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *