Home » Langit Terbuka » ‘Fahamkan konsep kebebasan, tiada paksaan beragama’

‘Fahamkan konsep kebebasan, tiada paksaan beragama’

Mufti Pulau Pinang berpandangan, jika seseorang itu memang berniat untuk merosakkan nama baik agama Islam, maka kerajaan yang memerintah berhak mengambil tindakan ke atas individu terlibat bagi menjaga nama baik Islam. - Foto Suara Perak

SHAH ALAM – Konsep kebebasan atau tiada paksaan dalam agama itu mempunyai tafsiran yang luas dan perlu difahami sepenuhnya oleh semua pihak sama ada beragama Islam atau tidak.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, menurut perspektif Islam, ia bermaksud tiada paksaan bagi seseorang yang bukan Islam sama ada mereka mahu menganuti agama Islam, kekal dalam agama mereka atau memilih untuk menganuti agama lain.

Menurutnya, namun itu tidak bermakna orang Islam pula sewenang-wenangnya boleh keluar Islam atau murtad.

Beliau berkata, bagi yang ada keinginan untuk memeluk Islam mereka perlu berfikir panjang sebelum mengucap dua kalimah syahadah agar tidak timbul isu paksaan.

“Tetapi apabila seseorang itu sudah masuk Islam, mereka kenalah jaga reputasi dan imej Islam..ia ibarat kalau kita masuk pertubuhan politik mesti kena jaga dan ikut peraturan ditetapkan dan kalau buat kesalahan sudah tentu akan dikenakan tindakan.

“Begitu juga, kalau seseorang itu keluar Islam, kena lihat sebab apa dia nak tinggalkan agama Islam, adakah kerana tidak yakin dengan Islam atau apa?

“Ada ulama kata jika dia tidak yakin biarlah dia keluar Islam tetapi jangan sesekali keluar kerana ada niat untuk memburukkan imej atau merosakkan agama Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tegasnya, jika seseorang itu memang berniat untuk merosakkan nama baik agama Islam, maka kerajaan yang memerintah berhak mengambil tindakan ke atas individu terlibat bagi menjaga nama baik Islam yang menurut Perlembagaan adalah agama bagi Persekutuan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan bekas penjawat awam (G25), Asiah Abu Samah ketika membentangkan kertas laporan bertajuk Administration of Matters Pertaining to Islam membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan, selain mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.– Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *