Home » Citra Yadim » Konvoi Hari Malaysia YADIM Kedah semarak lapan masjid

Konvoi Hari Malaysia YADIM Kedah semarak lapan masjid

ALOR SETAR – Menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, YADIM Kedah telah terlibat menganjurkan Konvoi Hari Malaysia pada 17 September.

Seramai 100 peserta menyertai program konvoi ini yang melibatkan check point di lapan buah masjid.

Ia dianjurkan bersama oleh Masjid Al-Mahmudi, Masjid Nurul Iman Kubang Bongor, Masjid Jamek Kubang Jawi, Masjid Rayatul Islam Kubang Siam dan Masjid Al-Ittihad Sungai Baru Hilir.

Turut sama menjayakan ialah Ibu Pejabat Polis Alor Janggus dan pimpinan Rakan Siswa YADIM Kedah.

Selain bermotosikal, pengisian lain program termasuklah cabutan bertuah dan tazkirah santai di setiap check point oleh Pencetus Ummah Yeop atau lebih dikenali sebagai PU Yeop.

Majlis pelepasan peserta Konvoi Dakwah Sempena Hari Malaysia ini dilakukan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Turut bersama pengerusi – pengerusi masjid terlibat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *