Home » Citra Yadim » FMD anjur Ekspolarasi Mahabbah Kelantan

FMD anjur Ekspolarasi Mahabbah Kelantan

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Felo Muda Dakwah (FMD) Siri 2/ 2016, Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim) telah menganjur program Ekspolarasi Mahabbah Kelantan pada 23-26 Oktober 2016 di Jeli, Kelantan sebagai sebahagian daripada latihan mendedahkan mereka kepada program-program dakwah.

Sepanjang di Jeli mereka telah mengadakan beberapa program melibatkan penduduk setempat seperti ziarah mahabah, gotong-royong perdana,  Gegar Tazkirah FMD dan Forum FMD.

Selain itu, mereka juga telah mengadakan lawatan pendedahan ke Selatan Thailand dan mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti Pusat Keamanan dan  Muzium Kesenian Islam Asia.

Manakala pada 27 Oktober  hingga 3 NoVember, kumpulan FMD ini meneruskan program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, Pasir Putih dengan menganjurkan pelbagai program bersama penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan.

Antara program yang diatur termasuk sukan rakyat bertemakan `Pasir Putih Dihatiku’, kelas asas sembelihan, program bersama pelajar sekolah `Fmd Gegar Sekolah’, ceramah bertajuk `Selangkah Ke Alam Barzakh’ serta tadabur dan tahsin al-Quran.

Program Ekspolarasi Mahabbah Kelantan ini bertujuan mendedahkan pelatih FMD Yadim terhadap program-program dakwah di peringkat akar umbi yang sekaligus dapat membina keyakinan dalam komunikasi dakwah.

Selain itu, program berkenaan juga diharapkan dapat membina ukhuwah islamiah melalui pendekatan “baiti janati kunci kesejahteraan ummah” selain bertujuan memupuk kerjasama dalam kalangan fmd yadim dalam melaksanakan program.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *