Home » Citra Yadim » Fokus hasil program

Fokus hasil program

KUALA TERENGGANU – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 31 Oktober telah melakukan kunjungan ke pejabat badan dakwah itu di sini.

Kunjungan yang pertama kali buat beliau ini adalah antara program sempena kedatangan beliau ke negeri ini sempena Kembara Rahmah Marang yang diadakan pada 30 Oktober.

Selain meninjau operasi YADIM Terengganu secara lebih dekat, beliau juga mengadakan pertemuan dengan kesemua kakitangannya bagi berkongsi sebarang perkembangan berkaitan dan mendengar perkara perkara yang mahu dibangkitkan mereka.

Antara yang disentuh Tuan Kamarul Arief ialah berkaitan perlaksanaan program dan rancangan akan datang YADIM.

Menurutnya, wujud keperluan bagi memfokuskan kepada hasil serta dapatan dan tidak semata mata bilangan program dilaksanakan atau jumlah kehadiran pesertanya.

Sesiapa pun atau mana mana agensi jelasnya, boleh mengadakan program yang banyak, namun hasil daripada program itu yang lebih utama dan akan membezakan YADIM dengan agensi lain.

Pada masa yang sama beliau turut menyambut baik model program program yang digunakan YADIM Terengganu dan berkata ia boleh digunakan di negeri negeri lain.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Tuan Kamarul Arief itu, kakitangan YADIM Terengganu telah memberikan pandangan dan cadangan berhubung beberapa perkara seperti kebajikan, perubatan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *