Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah Marang

Kembara Rahmah Marang

MARANG – Sebagai komitmen untuk menjayakan pelaksanaan konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah menganjurkan Kembara Rahmah Marang pada 30 Oktober.

Program sehari itu mengandungi pengisian untuk pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini.

Ia dimulakan dengan Seminar Rahmatan Lil Alamin yang diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang pada jam 9 pagi.

Seminar yang dihadiri oleh lebih 230 orang warga pendidik dan wakil wakil jabatan kerajaan di Marang ini menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Firdaus Khairi Abdul Kadir serta Duta Rahmah, Ustaz Faisal Abdullah sebagai pembentang kertas kerja.

Ianya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Selesai seminar berkenaan, Tuan Kamarul Arief mengetuai kakitangan YADIM melakukan ziarah rahmah ke Kampung Gong Beris di sini.

Seramai 20 keluarga disantuni YADIM dengan penyampaian sumbangan barangan dapur bagi meringankan beban mereka.

Acara ini turut disertai oleh beberapa sukarelawan dari daerah ini.

Kembara Rahmah diteruskan dengan acara Santai Bersama YADIM iaitu majlis minum petang bersama kira-kira 40 penduduk di sini.

Dalam majlis ini, sambil menikmati minum petang, peranan dan gerak kerja YADIM diterangkan kepada penduduk yang hadir.Pada sebelah malam, diadakan pula program Bual Bicara Bersama Orang Muda di Institut Kemahiran Belia Wakaf Tapai di sini.

Seramai 460 orang pelajar institut berkenaan hadir ke program ini.

Mereka mengambil peluang bertanyakan soalan berkaitan belia dan isu semasa kepada Tuan Kamarul Arief selaku ahli panel pada program itu.

Marang merupakan daerah keempat lokasi penganjuran Kembara Rahmah di negeri ini.

Sebelum ini ia telah diadakan di Dungun,Hulu Terengganu dan Besut.

Siri Kembara Rahmah akan diteruskan lagi selepas ini di Terengganu dan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *