Home » Citra Yadim » Forum “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat”

Forum “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat”

EKONOMI merupakan suatu sektor yang sentiasa diberi penekanan dalam menjayakan Aspirasi Malaysia Madani seperti yang telah dihasratkan kerajaan.
Selaras dengan perkara tersebut, YADIM Pulau Pinang telah mengadakan forum bertajuk “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat” pada 3 Februari.
Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin dan Timbalan Pengerusi Forum Ekonomi Madani, Prof Dato’ Dr. Saadiah Mohamad merupakan panel bagi forum ini manakala Pengurus Kumpulan Agensi Ukhwah Ikhlas Network, Encik Md Nasri Ali bertindak selaku moderator.
Program tersebut turut dihadiri oleh sukarelawan YADIM, pensyarah dan pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Aliaz hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *