Home » Citra Yadim » Forum Maulidur Rasul dan perasmian surau SK Kampung Paya

Forum Maulidur Rasul dan perasmian surau SK Kampung Paya

POKOK SENA – Program Bulan Dakwah 3.0 YADIM Kedah diteruskan dengan Forum Perdana dan perasmian Surau Raudhah Attalibin di Sekolah Kebangsaan Kampung Paya, di sini pada 27 Oktober.

Majlis perasmian Forum Perdana dan surau telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Seramai 3 orang ahli panel terdiri dari Ustaz Lutfi Amir Saidin, Ustaz Mahadhir Ahmad dan Usta Maudah Ali telah membicarakan tajuk ‘Rasulullah Ikutan Ummah’.

Hujan yang turun tidak melemahkan semangat hampir 300 orang peserta yang terdiri dari ibubapa dan pelajar sekolah untuk mengikuti forum di perkarangan sekolah sehingga selesai.

Hadir merasmikan pelancaran tabung surau At Talibin ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood. Turut hadir Guru Besar Encik Sabri Hashim, Pengerusi dan Jawatankuasa PIBG Sekolah.

Artikel Berkaitan

Tiga mahasiswa USIM dakwah di New Zealand

SEREMBAN – Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor,

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *