Home » Citra Yadim » Street Dakwah Kubu Gajah YADIM Perak

Street Dakwah Kubu Gajah YADIM Perak

IJOK – Semarak Bulan Dakwah YADIM terus digerakkan oleh YADIM Perak dengan penganjuran Street Dakwah “YADIM Interaktif : Jom Ke Masjid” di pasar pagi Pekan Ijok, Kubu Gajah, Selama pada 28 Oktober.

Program ceramah lapangan dan edaran risalah kali ini turut disertai oleh Sukarelawan YADIM Kubu Gajah serta mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat yang terdiri dari pengunjung dan peniaga.

Ceramah lapangan kali ini telah disampaikan oleh Guru Takmir Masjid Daerah Seri Iskandar, Ustaz Hanif Musa.

Turut memberikan tazkirah ialah Penyelaras YADIM Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar.

Program kali ini diteruskan dengan program YADIM Peduli dengan pemberian sumbangan kepada sepuluh orang asnaf di sekitar Kampung Air Jernih. Turut sama dalam ziarah ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Air Jernih.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *