Home » Citra Yadim » Forum Pencerdasan Minda : “Cabaran Terbesar Mahasiswa Timur Tengah”

Forum Pencerdasan Minda : “Cabaran Terbesar Mahasiswa Timur Tengah”

FORUM Pencerdasan Minda : Cabaran Terbesar Mahasiswa Timur Tengah telah berlangsung di Wisma Negeri Melaka Kaherah, Mesir dengan kehadiran 100 orang pelajar Malaysia di Mesir pada 7 Februari.
Panel pertama forum, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin menyentuh tentang peranan sebenarnya yang perlu dimainkan dan kepentingan penguasan ilmu bahasa oleh para mahasiswa.
Panel kedua forum, Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir, Ustaz Ameer Ikhwan pula menekankan tentang ilmu pengurusan yang perlu diperlu dikuasai oleh para mahasiswa timur tengah.
Manakala panel ketiga, Pengerusi Akademi Pemikiran Thurath Malaysia, Ustaz Faiz Khalil Al-Azhari telah menyentuh tentang bagaimana sikap dan disiplin seorang penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar yang perlu ke hadapan dan sentiasa berlumba-lumba mengejar peluang untuk mendapatkan ilmu daripada para asatizah di universiti berkenaan.
Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat hadir sama ke forum ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *