Home » YADIM MADANI » Forum: ‘Peranan Wanita Dalam Memperkasakan Masyarakat Madani’.

Forum: ‘Peranan Wanita Dalam Memperkasakan Masyarakat Madani’.

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Perkumpulan Wanita Cawangan Seri Tunku Kudin dan Gerakan Pengguna Siswa pada 9 Mac telah menganjurkan forum bertajuk ‘Peranan Wanita Dalam Memperkasakan Masyarakat Madani’.
Berlangsung di Dewan Persidangan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, ia dihadiri seramai 120 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia, Dr. Shereeza Mohamed Saniff dan Guru Agama, Puan Ruhaizah Mohd Hatta sebagai ahli panel manakala Cik Nur Azyyati Iffah Rahim daripada Universiti Sains Islam Malaysia sebagai moderator.
Seramai 20 keluarga asnaf turut disantuni dalam program ini.
YADIM Pulau Pinang diwakili oleh Puan Izma Azura Ismail dan Encik Muhd Luqman Sabri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *