Home » Citra Yadim » Pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan

Pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan

YADIM Telah dijemput untuk sama-sama menjayakan pembinaan Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
Untuk tujuan itu, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang pada 9 Mac telah memenuhi menghadiri Majlis Jamuan Makan Sambil Menderma Pondok Tok Kenali di Dataran Pondok Tok Kenali.
Turut sama hadir menjayakan program ini ialah wakil-wakil pondok di seluruh Kelantan. Tidak ketinggalan juga, beberapa pondok dari Terengganu dan sempadan Thailand.
Kompleks Pusat Pengajian Islam Tok Kenali dijangka memulakan pembinaan pada Jun atau Julai ini.
Ia merupakan kompleks pengajian Islam serba lengkap setinggi tujuh tingkat yang mempunyai kemudahan seperti kelas pengajian, masjid, sekolah, bilik penginapan tetamu, pusat rawatan, tadika dan perkampungan warga emas.
Semoga yang direncanakan akan berhasil dan beroleh kejayaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *