Home » Citra Yadim » Forum Perdana sempena Maal Hijrah

Forum Perdana sempena Maal Hijrah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka akan menganjurkan Forum Perdana pada 12 September bertempat di Dewan Kompleks KDN Ayer Keroh Melaka.

Forum Perdana berkenaan akan membawa tajuk `Hijrah, Ke mana dan Apa Yang Perlu Diisi?’ diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah 1441.

Program itu akan menampilkan ahli-ahli panel iaitu penceramah bebas, Datuk Dr. Zahazan Mohamed dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin dan diselenggarakan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, selaku moderator.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar dijadualkan turut hadir pada forum ini sekaligus menyempurnakan majlis pelancarannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *