Home » Citra Yadim » Frontliners Gurun disantuni

Frontliners Gurun disantuni

GURUN – “Terima kasih Tuan, sudi kunjungi kami,”. Ringkas saja ucapannya tetapi ikhlas dan bermakna.

Demikian dirakamkan Koperal Mohamad Shazwan Mohd Azmi  dan lima petugas barisan hadapan Tol Gurun Arah Utara pada 31 Ogos yang menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sempena sambutan kemerdekaan, YADIM yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria menyampaikan kek bertemakan Jalur Gemilang kepada mereka serta kit kebersihan.

Dalam kunjungan ini, Tuan Kamarul Arief juga menyerahkan Jalur Gemilang kepada 50 orang pengguna lebuhraya yang melalui Tol Gurun Arah Utara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *