Home » Citra Yadim » Frontliners terima KFC, Kurma Ajwa daripada YADIM

Frontliners terima KFC, Kurma Ajwa daripada YADIM

PUTRAJAYA –  Malam ini 4 Mei, YADIM menyantuni petugas barisan hadapan di lima lokasi sekitar bandar ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri meluangkan masa dan  menyampaikan sumbangan 100 pek KFC, Kurma Ajwa dan air mineral daripada YADIM.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pegawai dan kakitangan badan dakwah ini.

Lokasi petugas barisan hadapan yang disantuni ialah Sekatan Jalan Raya (SJR) Kajang, SJR Bangi, SJR
Bandar Seri Putra, Balai Polis Bangi serta Balai Bomba dan Penyelamat Bangi.

Program anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM ini ialah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

Dalam pada itu, Datu Dr Zulkifli selepas selesai program merakamkan penghargaan atas penganjuran program ini.

“Tahniah, tak sangka kita boleh santuni lima lokasi pada malam ini.

“YADIM faham cara saya bekerja,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *