Home » Citra Yadim » Sumbangan Iftar Orang Asli Pos Tuel

Sumbangan Iftar Orang Asli Pos Tuel

GUA MUSANG – Sempena program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), YADIM Kelantan pada 4 Mei telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ber, Pos Tuel di sini.

Program ini diadakan dengan kerjasama Daei Orang Asli YADIM Ustaz Sugie Angah.

Seramai 250 penduduk dari 45 keluarga menerima juadah iftar yang disediakan secara gotong royong oleh isteri kepada Ustaz Sugie bersama tiga orang jirannya.

Setiap keluarga menerima sumbangan lima kilogram beras daripada YADIM.

Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, setiap keluarga berbuka di rumah masing -masing.

Agihan juadah berbuka dilakukan bermula jam 6 petang kepada setiap rumah yang terlibat.

Hadir menyampaikan sumbangan
ialah Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *