Home » Uncategorized » Gagasan Madani platform Malaysia jadi negara membangun sejahtera

Gagasan Madani platform Malaysia jadi negara membangun sejahtera

Foto- Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Gagasan Malaysia MADANI yang diperkenal oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu platform ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa membangun, sejahtera, berdaya saing serta harmoni dalam kehidupan berbilang kaum dan agama.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata MADANI bukanlah konsep baharu yang diperkenal oleh Anwar sebaliknya sudah bermula ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 hingga 1998.

Malah, Mohamed Azam berkata, konsep itu sentiasa disebut oleh Anwar dalam pelbagai ucapan di persidangan nasional mahupun antarabangsa sepanjang beliau bergiat sebagai aktivis sosial dan ahli politik.

“Jika diteliti, gagasan Malaysia MADANI ini juga berasaskan konsep negara Madinah di mana Rasulullah SAW berjaya menyatupadukan warga Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum bukan sahaja sesama umat Islam (Muhajirin dan Ansar) bahkan juga dengan bukan Islam (Yahudi) melalui Piagam Madinah sebagai satu bangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azam berkata, Malaysia MADANI adalah suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar serta pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

Beliau berkata, dakwaan yang mempersoalkan falsafah gagasan Malaysia MADANI juga perlu diperbetulkan semula seterusnya dihayati bersama.

“Ayuhlah kita bersama-sama pimpinan kerajaan hari ini untuk memahami dasar dan falsafah Malaysia MADANI sebenar serta bersatu hati ke arah mencapai masyarakat majmuk Malaysia MADANI yang harmoni dan bersatu-padu,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *