Home » Citra Yadim » Ramah mesra YADIM bersama ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG seluruh Malaysia

Ramah mesra YADIM bersama ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG seluruh Malaysia

KUALA TERENGGANU – Program bersama rakan strategik Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini diteruskan badan dakwah ini pada 12 Mac dengan pertemuan bersama ketua ketua jabatan institusi berkenaan.

Dalam pertemuan ramah mesra bersama 27 ketua ketua Jabatan Pembangunan Insaniah IPG itu, YADIM menerusi Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner telah mengambil peluang menerangkan gerak kerja terkini badan dakwah ini serta peluang kerjasama yang boleh diadakan.

Ketua Unit Politeknik Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Saifullah Baiduri pula membentangkan cadangan bentuk program Rakan Siswa YADIM (RSY) yang boleh dilaksanakan di IPG.

Kedua pihak juga menyatakan persetujuan awal bagi mengadakan Konvensyen RSY IPG seluruh Malaysia, selain program program pemantapan RSY IPG mengikut zon bagi melahirkan bakal guru yang lebih berkualiti.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *