Home » Langit Terbuka » Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong seru rakyat hulur bantuan

Gempa bumi Turkiye, Syria: Agong seru rakyat hulur bantuan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati dengan kejadian dan menyeru semua rakyat Malaysia agar dapat sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Turkiye dan Syria. - Foto The Vibes.com

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia supaya menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Baginda bertitah, bantuan kemanusiaan perlu disalurkan sekiranya kedua-dua negara terbabit memerlukan bantuan.

“Kalau perlukan bantuan, kita hulurkan bantuan dan harus beri bantuan,” titah baginda ketika berkenan menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, Ubadiah Al-Jariah, Taman Guru pada Rabu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras pada awal pagi Isnin, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Menurut laporan Reuters, sebanyak 5,894 kematian direkodkan di Turkiye, manakala di Syria lebih 1,900 kematian dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian dan menyeru kepada semua rakyat negara ini dapat sama-sama mendoakan keselamatan rakyat negara itu.

“Agak sesuatu yang malang bagi rakyat di sana dan saya harap kita sama-sama berdoa, sembahyang hajat agar Allah dapat memberikan sedikit rahmah kepada mereka yang kehilangan nyawa. – Sinar Harian.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *