Home » Langit Terbuka » Kanak-Kanak Selit RM100 Dengan Surat Dalam Tabung Surau, Minta Maaf Termuntah

Kanak-Kanak Selit RM100 Dengan Surat Dalam Tabung Surau, Minta Maaf Termuntah

Surat yang dihantar oleh seorang kanak kanak beserta RM100 kerana muntah di permaidani surau. - Foto Surau Putra Al Amin

PUTRAJAYA – Sepucuk surat yang dikirim oleh seorang kanak-kanak kepada pihak pengurusan Surau Putra Al-Amin (SPAA) tular di media sosial baru-baru ini.

Hal ini kerana surat tersebut adalah permohonan maaf atas tindakannya mengotorkan kawasan surau.

Kanak-kanak tersebut bertindak menghantar surat berkenaan kerana tidak sengaja muntah di permaidani kerana keracunan makanan.

Tidak sempat membersihkannya kerana perlu segera ke sekolah, kanak-kanak itu turut menyelitkan wang berjumlah RM100.

Tersentuh dengan perbuatan itu, pihak masjid memuat naik surat tersebut bersama kiriman doa agar dikurniakan kesihatan dan istiqamah berjemaah di surau.

“Assalamualaikum pak cik, saya menulis surat ini untuk memohon maaf atas kesilapan saya pada 27 Januari 2023. Saya secara tidak sengaja termuntah di surau.

“Saya mahu membersihkannya tetapi saya tidak sempat kerana saya perlu ke sekolah dengan kereta ayah saya menghalang kereta orang lain,” kata anak kecil itu.

Rata-rata pengguna media sosial kagum dengan kejayaan penjaganya mendidik anak mereka menjadi menusia yang sangat bertanggungjawab.

“Anak ini cerminan ibu bapanya. Tahniah, dan semoga anak ini menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat,” kata seorang pengguna

“MasyaAllah, hebatnya ibu ayah mendidik anak. Semoga yang baik juga menjadi ikutan untuk kita. Tahniah,” kongsi pengguna lain. – Malaysia Dateline

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *