Home » Langit Terbuka » Giliran Ali Khamenei persenda Trump

Giliran Ali Khamenei persenda Trump

Ali Khamenei menyifatkan Trump sebagai individu yang mempunyai mental yang tidak stabil ketika memberi amaran berhubung campur tangan beliau dalam protes anti-kerajaan di Iran.  Foto : almanar.com.lb

TEHRAN: Isu kesihatan mental Presiden Donald Trump yang dibangkitkan dalam buku ‘Fire and Fury: Inside  the Trump White House’ mungkin sudah reda di Amerika Syarikat.

Namun, kini giliran pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mempersenda Trump kerana isu berkenaan.

Ali Khamenei menyifatkan Trump sebagai individu yang mempunyai mental yang tidak stabil ketika memberi amaran berhubung campur tangan beliau dalam protes anti-kerajaan yang berlangsung baru-baru ini.

“Dia (Trump) yang mengetuai White House – walaupun nampaknya dia bukanlah seorang yang stabil –  dan kebelakangan ini rakyatnya sendiri mempersoalkan kesihatan mentalnya,” sindir Ali Khamenei yang kemudian disambut gelak tawa hadirin ketika satu rapat umum di Tehran.

“Dia seharusnya sedar, babak-babak ekstrem dan psikotik ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindak balas,” tambahnya.

Ali Khamenei memberi amaran, campur tangan Trump dengan menyatakan sokongan terhadap protes anti-kerajaan di Iran, bakal berdepan kesan.

“Presiden Donald Trump dan Amerika Syarikat perlu tahu bahawa kami tidak akan berdiam diri dengan kegilaan yang ditunjukkannya ini,” tegas Ali Khamenei.

21 orang maut akibat keganasan kesan tunjuk perasaan anti-kerajaan yang berlangsung di Iran, dengan 3,700 yang lain ditahan.

White House sebelum ini mengeluarkan kenyataan mempertikaikan fakta dalam buku ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’, tulisan Michael Wolff.

Wolff, yang memetik bekas ketua strategi White House, Steve Bannon di dalam bukunya menyatakan, Trump sering lupa, mengulangi apa yang pernah diucapnya beberapa minit kemudian dan sudah tidak kenal lagi kawan lamanya.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *