Merakyatkan al-Quran

KOTA BHARU 10 Jan.  – Satu kesan abadi rentetan tragedi kebakaran sebuah maahad tahfiz di Kuala Lumpur, berlandaskan kempen MyFamily #QuranHour, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) memperluaskan usaha memartabatkan institusi kekeluargaan dengan menganjurkan program RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup). Memilih Masjid Mukim Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan sebagai lokasi program, waktu […]

Martabat kembali tulisan Jawi

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Sejak abad ke-17, tulisan Jawi menjadi bahasa perantara dan pengantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat. Tapi atas alasan perpaduan kaum, tulisan Rumi dijadikan tulisan rasmi hingga hampir melenyapkan penggunaan tulisan Jawi pada hari ini. Lebih menyedihkan apabila tidak ramai generasi baru yang berkebolehan […]

Jangan bimbang beli keropok udang

IPOH 10 Jan. – Hanya satu jenama produk keropok udang yang dipasarkan di Perak tidak mempunyai pensijilan halal manakala enam lagi produk keropok itu mempunyai pensijilan halal yang sah. Perkara itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak selepas mengadakan pemeriksaan susulan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya di Perak […]

Jaipk akan jumpa Iqram

IPOH 10 Jan. – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menemui pelakon, Iqram Dinzly bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu ‘Che Mat’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai terlibat bertemu dengan Iqram sebelum meneruskan siasatan lanjut. “Kita maklum akan isu ini selepas pelbagai pihak membangkitkannya […]

Mahkamah kekal keputusan larang kahwin pelarian Rohingya

DHAKA 10 Jan. – Sebuah mahkamah di Bangladesh, kelmarin mengekalkan keputusan kerajaan melarang perkahwinan antara rakyat negara itu dan etnik Rohingya. Timbalan Peguam Negara, Motaher Hossain Saju berkata, sebuah mahkamah tinggi di Dhaka menolak tuntutan seorang bapa selepas anak lelakinya berkahwin dengan wanita Rohingya pada September lalu walaupun undang-undang melarang penyatuan itu dikuatkuasakan pada 2014. […]

Wartawan Reuters berdepan penjara 14 tahun dedah isu Rohingnya

YANGON 10 Jan. – Dua orang wartawan agensi berita antarabangsa, Reuters yang ditahan sebulan lepas di Myanmar dihadapkan ke mahkamah negara itu hari ini. Kedua-dua wartawan itu yang juga warga Myanmar itu didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun. Menurut Reuters, kedua-dua mereka, Wa Lone, 31, dan […]

Giliran Ali Khamenei persenda Trump

TEHRAN: Isu kesihatan mental Presiden Donald Trump yang dibangkitkan dalam buku ‘Fire and Fury: Inside  the Trump White House’ mungkin sudah reda di Amerika Syarikat. Namun, kini giliran pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mempersenda Trump kerana isu berkenaan. Ali Khamenei menyifatkan Trump sebagai individu yang mempunyai mental yang tidak stabil ketika memberi amaran berhubung […]

Selepas memandu, wanita Arab dibenar ke stadium

“Perlawanan Al-Ahli menentang Al-Batin pada 12 Januari ini adalah yang pertama akan disaksikan golongan wanita di stadium itu, demikian pengumuman yang dibuat Kementerian Penerangan dalam kenyataan. Ia turut menyebut, wanita wajar dibenarkan menghadiri pelawanan kedua pada hari berikutnya dan seterusnya pada 18 Januari. Kelonggaran ini perlu digunakan sebaik mungkin dalam kalangan wanita negara Teluk itu […]

Misi bantuan banjir Sukarelawan Al Falah

PEKAN 9 Jan. – Dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah telah mengadakan program khidmat masyarakat di beberapa kampung di Parlimen Pekan, Pahang pada 8 Januari lalu. Misi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman bersama kakitangan dan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al-Falah telah menziarahi […]

Nyawa amat berharga

ISLAM sebagai agama yang mementingkan kesejahteraan dan kehidupan bermasyarakat secara harmoni, amat menitikberatkan persoalan nyawa seseorang. Islam mengharamkan pembunuhan hatta jika seseorang itu telah melakukan satu kesalahan. Kesalahan seseorang perlu diadili sebaik mungkin, kerana Islam tetap memberikan peluang kedua dengan membuka pintu taubat, agar mereka yang bersalah itu kembali ke pangkal jalan. Banyak peristiwa yang […]