Home » Langit Terbuka » Wartawan Reuters berdepan penjara 14 tahun dedah isu Rohingnya

Wartawan Reuters berdepan penjara 14 tahun dedah isu Rohingnya

Wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo Foto : https://www.rfa.org

YANGON 10 Jan. – Dua orang wartawan agensi berita antarabangsa, Reuters yang ditahan sebulan lepas di Myanmar dihadapkan ke mahkamah negara itu hari ini.

Kedua-dua wartawan itu yang juga warga Myanmar itu didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Menurut Reuters, kedua-dua mereka, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, ditahan selepas menerima sebuah dokumen daripada dua anggota polis ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Yangon.

Dokumen tersebut yang dipecayai mempunyai maklumat berhubung penderitaan dan kekejaman etnik minoriti Rohingnya di wilayah Rakhnie negara itu.

Wa Lone dan Soe Oo dipercayai terlibat dengan laporan penyiasatan berhubung kempen ketenteraan di wilayah Rakhine yang menyebabkan umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos.

Rata-rata laporan mereka dilihat tidak menyokong kerajaan malah mengkritik tindakan kejam pembersihan etnik ke atas masyarakat Rohingnya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 655,000 etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran akibat keganasan tentera.

Reuters mempertahankan wartawan mereka tidak melakukan kesalahan sebaliknya hanya menjalankan tugasan kewartawanan dengan penuh integriti manakala keluarga mereka mendakwa kerajaan menganiya Wa Lone dan Soe Oo.

Selain daripada itu, badan antarabangsa seperti PPB dan  Amnesty International mengkritik tindakan Myanmar yang dilihat tidak memberikan kebebasan media.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton turut mendesak Myanmar untuk melepaskan mereka tanpa menyabitkan apa-apa kesalahan.

“Kebebasan akhbar sangat kritikal untuk masyarakat yang bebas dan penahanan wartawan tidak dapat diterima di mana-mana. Semoga merea dilepaskan,” katanya menerusi laman sosial Twitter.

Penahanan itu turut mencetuskan kontroversi terhadap kebebasan dan system demokrasi di negara itu yang telah berada dalam pemerintahan tentera hampir lima dekad.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *