Home » Langit Terbuka » Giliran Anuar Zain pula sertai tabligh

Giliran Anuar Zain pula sertai tabligh

Anuar Zain kini dikatakan mendalami ilmu agama dengan cara menyertai jemaah tabligh. - Foto My Media

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Anuar Zain menjadi bualan selepas dilihat mengikut jejak langkah beberapa selebriti lelaki tanah air yang lain apabila dilihat mula mendalami ilmu agama dengan cara menyertai jemaah tabligh. 

Dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik dan turut dikongsi dalam Facebook, difahamkan pelantun lagu Sedetik Lebih itu sedang menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad. 

Menerusi video tersebut, Anuar, 51, yang memakai jubah berona biru dan berkopiah dilihat sedang menuang air teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu hitnya, Lelaki Ini.

Difahamkan, lagu yang dinyanyikan tersebut merupakan permintaan Nabil yang ketika itu sedang bersarapan pagi bersama jemaah tabligh lain di sebuah masjid dipercayai terletak di Selangor. 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *