Home » Langit Terbuka » Lagi serangan ke atas Gaza

Lagi serangan ke atas Gaza

Serangan terbaharu ke atas Gaza didakwa sebagai tindak balas tembakan roket Palestin ke Isr@el. - Foto NDTV

BAITULMAQDIS – Isr@el melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada 12 September.

Tentera rejim Zionis berkata, pihaknya menyerang sasaran milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang memerintah Gaza.

Tidak ada laporan mengenai korban jiwa dalam serangan berkenaan.

Tentera Isr@el mendakwa, serangan pada Ahad sebagai tindak balas tembakan roket Palestin ke wilayahnya.

Ketegangan antara Isr@el dan Palestin meningkat sejak seminggu lalu, selepas enam warga Palestin melarikan diri dari penjara di utara Isr@el menerusi terowong yang dikorek di bawah sinki.

Bagaimanapun polis Isr@el semalam mengesahkan empat daripada enam warga Palestin yang berjaya meloloskan diri daripada penjara keselamatan tinggi, Gilboa ditahan pihak berkuasa itu. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *