Home » Citra Yadim » Musaadah 3.0 untuk pekerja taska, warga emas

Musaadah 3.0 untuk pekerja taska, warga emas

PADANG BESAR – Guru taska merupakan antara mereka yang turut terkesan dengan penularan Covid-19. Penutupan taska akibat pandemik tersebut menyebabkan ramai antara mereka yang terkesan.

Bagi membantu golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis pada 12 September telah mengadakan satu program menyantuni mereka bertempat di Kompleks Tarbiah Padang Besar di sini.

Ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Wanita Sejahtera Parlimen Padang Besar (PERMANIS).

Seramai 30 guru taska dan warga emas di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Perlis, Hafsah Hussain, Pengerusi PERMANIS, Roziah Ali dan Pegerusi Sukarelawan YADIM Perlis, Haji Fuad Ashaari.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *