Home » Langit Terbuka » Wanita didenda kerana pakai burkini

Wanita didenda kerana pakai burkini

PARIS 7 Ogos – Gara-gara memakai burkini, seorang wanita mendakwa terpaksa membayar bil pembersihan sebanyak AS$574 (RM2,456) di sebuah kolam renang di Marseille dekat sini baru-baru ini.

Lapor Metro UK, wanita tersebut, Fadila berkata, dia ketika itu sedang mandi di dalam kolam sebelum kakitangan hotel terbabit mengarahkan tetamu lain untuk keluar, ko­­non­nya atas faktor kesihatan.

Dia berkata, suaminya dihubungi oleh pemilik hotel, yang memberitahu supaya Fadila tidak dibenarkan berenang pada hari itu.

Hotel itu mengenakan denda sebanyak AS$574 kepada pasangan tersebut untuk kerja-kerja pengosongan dan pembersihan kolam terbabit.

Denda itu turut merangkumi pampasan kerana kolam itu tidak boleh digunakan selama dua hari.

Pasangan itu bagaimanapun enggan membayar denda berkenaan.

“Saya kecewa, terkejut dan marah dengan fakta bahawa seseorang boleh jadi hipokrit serta jahat hanya kerana burkini,” kata Fadila kepada United Against Islamophobia di Perancis (CCIF).

Dalam pada itu, CCIF memberitahu, burkini direka khas untuk berenang dan tidak me­nimbulkan sebarang isu kesihatan kepada orang lain. – https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *