Home » Citra Yadim » GPS untuk bantu sebelum melangkah ke IPT

GPS untuk bantu sebelum melangkah ke IPT

LENGGENG – Program Gerbang Pra Siswa (GPS) merupakan satu inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menyediakan pelajar pelajar lepasan sekolah menengah sebelum mereka melangkah ke institusi pengajian tinggi.

Objektif GPS ialah melahirkan generasi yang peka dengan cabaran masa depan dalam mendepani arus globalisasi kini yang semakin kompleks.

Antara pengisian program ini ialah sesi pencerahan bidang bidang yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi kelak, sesuai dengan minat dan kelulusan masing masing.

Bermula 14 hingga 16 Februari ini, Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan dua program GPS secara serentak di Negeri Sembilan dan Perlis.

Di Negeri Sembilan, program diadakan di Excel Training & Country Resort, di sini manakala di Perlis di Kolej Matrikulasi Arau.

Seramai 79 peserta termasuk urusetia YADIM menjayakan program di Negeri Sembilan manakala 101 orang terlibat di Perlis.

GPS merupakan program tahunan yang diajurkan Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.

*****

Mari sama sama menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM. Sumbangan anda membolehkan YADIM menjalankan gerak kerja dakwahnya.

YADIM menyantuni mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sumbangan boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan melayari halaman utama web ini atau menghubungi Bahagian Pelaburan dan Dana Infaq YADIM di talian 03-8870 3870

Sumbangan yang disampaikan adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai (No. Warta G.N. 3395 Bertarikh 25 Januari 1974 -HQ 162/2077)

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
MAYBANK
566010625428

Terima Kasih

FASTABIQUL KHAIRAT ‘Mengejar Kebaikan’

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *