Home » Citra Yadim » Gunting rambut percuma YADIM Kedah

Gunting rambut percuma YADIM Kedah

RELAU – Bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Relau di sini, 75 orang pelajar dari keluarga asnaf terpilih telah menyertai program gunting rambut percuma sempena sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka.

Selain mendapat perkhidmatan gunting rambut secara percuma, para pelajar terpilih ini turut menerima bantuan berupa beg sekolah setiap seorang, hasil sumbangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Program ini yang bertujuan membantu meringankan beban keluarga asnaf terpilih merupakan anjuran badan bukan kerajaan Persatuan Kebajikan Ekonomi Masyarakat Kedah, Pejabat Penghulu Mukim Relau, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Mukim Relau dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Selaku penganjur bersama, YADIM membiayai kos untuk perkhidmatan menggunting rambut berkenaan.

Hadir sama ke program ini ialah Penolong Pengarah YADIM, Mohd Afifi Ruslan dan Penghulu Mukim Relau,Muhamad Sani Saari. Menurut Muhamad Sani, program seperti ini amat baik dan wajar diteruskan memandangkan kebanyakan penduduk Mukim Relau adalah berpendapatan rendah.

“Kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai penoreh, petani dan masyarakat kampung yang rata ratanya terdiri daripada golongan B40, jadi sekurang kurangnya program sebegini dapat meringankan beban mereka,”ujarnya.

Beliau juga memohon YADIM mengadakan program program pengisian ilmu seperti kursus penyembelihan dan pengurusan jenazah untuk warga kawasan Relau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *